// //

Kelebihan Takaful Ikhlas

Kelebihan Takaful Ikhlas

Medical Card Takaful

Assalamu'alaikum Wrmbth, Sedang mencari syarikat Takaful untuk keluarga anda? Anda berada di tempat yang betul kerana artikel ini memberikan senarai kelebihan Polisi Takaful Ikhlas dan produk serta perkhidmatannya. Ketahuilah Allah swt telah berfirman didalam Al Quran Surah An Nahlu (Lebah) ayat 43: 

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
Sebelum memohon polisi insurans adalah penting untuk memilih yang halal dari yang haram. Pilihlah Takaful kerana ia alternatif halal daripada insurans konservatif yang mempunyai unsur riba' judi dan ketidakpastian yang diharamkan islam.

Senarai Kelebihan Polisi Takaful Ikhlas

  1. Polisi takaful terjamin halal. Kelebihan yang disebabkan oleh barisan panel penasihat syariah yang meneliti setiap ruang lingkup kontrak takaful agar bebas dari unsur haram.
  2. Perlindungan 40 jenis penyakit kritikal. Penyakit seperti diebetis/kencing manis, darah tinggi/stroke dan lain lain dihidapi oleh pemegang polisi yang menghidap penyakit ini selepas polisi berkuatkuasa. Ini menjamin sara hidup keluarga disamping kelebihan yang lain.
  3. Pengeluaran dana simpanan sebanyak 30-50% daripada Akaun Simpanan Peserta dengan had kekerapan 3 kali sepanjang polisi berkuat kuasa. Secara tidak langsung menjadi Dana Kecemasan Keluarga anda di kala duka menjelma.
  4. Pelan Rider Pendapatan Bulanan Keluarga. Berkuat kuasa sekiranya kemalangan atau Kehilangan Upaya Kekal Berlaku
  5. Anugerah Kecemerlangan bagi Polisi Pendidikan untuk setiap "A" yang diperolehi dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM
  6. Penyambungan Pembayaran oleh pihak syarikat sekiranya pembayar polisi pendidikan (seperti ayah/ibu) meninggal. Syarikat akan membayar polisi tersebut sehingga matang dan wang tersebut diberi apabila penama cukup umur polisi (kebajikan anak pemegang polisi pendidikan dibela)
  7. Nilai Tunai seawal tahun pertama polisi berkuatkuasa
  8. Perlepasan Pembayaran Premium Bulanan sekiranya ditimpa 40 penyakit kritikal. Bermakna polisi tersebut menjadi percuma selepas itu. Meringankan beban kewangan Keluarga dan orang tersayang. Anda boleh fokus untuk sembuh.
  9. Kelebihan Perlepasan Cukai Pendapatan. Kerajaan Malaysia memberikan insentif kepada mereka yang mencarum dalam skim Takaful Keluarga SETIAP TAHUN
  10. Zakat dilunaskan oleh syarikat. Mensucikan dan membersihkan lagi wang tersebut agar diberkati Allah swt
  11. Tempoh 30 Hari Lewat Pembayaran (Lapse). Bermakna perlindungan tetap berjalan selama 30 hari sekiranya anda terlewat bayar. Buffer Zone
  12. Bersedekah Tanpa Anda Ketahui Penerimanya. Wang dari dana tabarrau' (derma) akan diagihkan kepada peserta lain yang diuji Allah swt. Anda ikhlas menolong dan mengelakkan diri dari mengungkit dikemudian hari lalu menghilangkan pahala sedekah tersebut. Seumpama debu diatas batu yang licin disirami oleh air hujan habis semuanya (perumpamaan dalamsurah Al Baqarah)
  13. Pemenang Pelbagai Anugerah dalam dan luar negara seperti Pengendali Takaful Terbaik Euromoney 2010, 2012 dan 2013
  14. Medical Card Takaful Ikhlas memenangi Produk Takaful Terbaik 2010 di Anugerah Takaful Antarabangsa

Mazni Azmi