// //

Tafsir Mimpi Arnab

Tadbir Mimpi Arnab


Assalamu'alaikum Wrmbth, ramai juga dari kita mimpi berjumpa binatang peliharaan. Salah satu yang popular adalah arnab. Berikut adalah antara soalan dan tafsir berkenaan mimpi arnab yang dialami oleh si penanya lelaki dan perempuan


Soalan dan Tafsir Mimpi Arnab

Soalan pertama tentang mimpi seorang ibu yang sedang mengandung
Salam tuan,
Mohon minta tafsirkn mimpi saya ini sekiranya tuan faham maksudnya.

tudung labuh nur helwa
Butik Tudung Labuh Muslimah. JOM KLIK
Saya bermimpi bersama seorang kawan mahu memetik beberapa biji buah jambu yg sedang ranum, namun sebaik kami smpi ke pepohon jambu tersebut.

Kami dapati terlalu banyak arnab yg sudah mati malah ada yang telah menjadi bangkai dan berbau di kawasan tersebut.

Kami namun tidak menghiraukan arnab2 itu dan terus memetik buah jambu. Manakala ibu & ayah saya yang dtg kemudiannya pula yg membersihkan bangkai2 arnab yg banyak itu.
Apakah maksud mimpi saya ni tuan?

Tafsir bagi mimpi diatas


TAFSIR MIMPI ULAR
1. Arnab dlm mimpi adalah kawan2 yg suka gossip, cakap2 kosong.


2. memetik buah2an yg ranum dalam mimpi ialah saat meraih kejayaan dalam apa jua, kerjaya, bisnes


3. Ibu ayah yg tolong membersihkan arnab2 mati, adalah sokongan ibuayah yang kuat terhadap kejayaan anda...nak takwil lebih detail tak dapat sbb saya tak mengenali diri anda 

tudung pengantin labuh muslimah
Selendang Dan Tudung Nikah Labuh KLIK SINI

Soalan seterusnya mengenai mimpi seorang perempuan bujang yang bermimpi arnab



Assalammualaikum tuan, 
Mohon juga tafsirkan mimpi saya.Saya bermimpi semalam ada arnab comel dan jinak masuk ke kawasan rumah saya.

Saya ternampak arnab itu bermain2 di kawasan rumah saya, saya tangkap dan saya menjaga ia.
apakah tafsir mimpi saya?

Ini adalah tafsir bagi mimpi diatas


Nak dapat jodoh, tapi lelaki berwatak arnab ni tak berapa nak elok dalam Islam...

Kurang macho dan dia banyak bergantung kpd anda. Ia lelaki lembut, banyak mulut, pot pet...dan arnab ni low risk, susah nak buat decision dan arnab termasuk haiwan peliharaan, maka ia banyak bergantung kpd tuannya


Seterusnya, mimpi seorang muslimah yang sedang membela arnab dan bermimpi akannya


Tudung telekung lycra aisyah humaira
KOLEKSI Mini Tudung Telekung Yang Memudahkan Solat KLIK SINI 

Assalammualaikum wbt tuan......saya ingin bertanya sikit..malam tadi saya bermimpi arnab..

Tapi arnab tu arnab yg dah mati semasa saya bela dulu..dalam mimpi ,arnab tersebut ajak saya bermain-main dengannya..

Dan saya turut bermain dengannya..apekah maknanya semua ni tuan? perempuan bujang 22thn dalam proses cari kerja
Dah 3 malam berturut-turut saya mimpi arnab ..tapi berlainan kisah..
Tafsir mimpi muslimah diatas ialah


Mainan akal sebab u masih teringatkan kat arnab yg dah meninggalm dunia tu...hehehe


Maksudnya bila kita bela haiwan, dan kemudian mati, maka mimpi akan datang pasal ia terlekat dalam hati kita kpd haiwan peliharaan kesayangan kita

Akhir sekali, Mimpi seorang lelaki bujang bertemu burung nuri dan arnab di dalam mimpi


Salam pagi tadi saya ada bermimpi arnab juga... hmmm.. tapi sebelum bertemu arnab... saya masuk dalam suatu sangkar sederhana besar..

Dalam sangkar tuu ada banyak burung nuri yang cantik dan warna warni.. saya hanya melihat dari jauh jer.. dan dihujung2 sangkar tuu saya tengok ada ibu arnab dan seekor anaknya..

Anak arnab itu sedang membelai bulu ibunya yang sangat gebu... then saya dekati mereka tak lari... diakhir mimpi tuu.. bulu2 arnab banyak yang melekat kat muka saya...

Tapi dalam hati saya time tu langsung saya tak rasa marah bulu2 yang melekat kat muka saya tuu... saya lelaki, bujang, umur 30, berkerja...
 Dan tafsir mimpi bertemu burung nuri dan arnab bagi lelaki tersebut adalah


Itu semua mimpi pasal perempuan..burung nuri adalah wanita2 yg cantik dan elegan, tinggal dalam kawasan eliti. anda lihat dari jauh, maksudnya, minat ada tapi tak mampu milik.


Mimpi arnab pun sama wanita, jika dia membelai ibu, itu anak emak, anak manja. Jika anda dapat bulu je, maksudnya banyak karenah dan wanita yg cerewet utk dijadikan isteri.Jika anda tak kisah, mungkin itu jodoh anda

Sekian buat kali ini. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai mimpi dan ingin mendapatkan bantuan mentafsirnya, jangan segan segan. Insyaallah saya akan membantu anda bertanya pada ahlinya. Wallahu'alam 
Mazni Azmi