// //

Tafsir Mimpi Ular

Makna Tafsir Mimpi Ular Dalam Kehidupan Keluarga

Makna Mimpi Ular dan Jodoh

Assalamu'alaikum Wrmbth, saya pasti ramai dari kita akan mengalami mimpi bertemu ular didalam hidup. Secara jujurnya, semasa saya ingin meluahkan hajat untuk melamar isteri dahulu ibu dan bakal isteri saya telah bermimpi bertemu ular dan memang benar tidak lama kemudian saya datang meminang. Mimpi ular ada kaitan dengan jodoh atau musuh bergantung pada keadaan. Ada seorang muslimah bertanyakan soalan tersebut


Assalamualaikum wbt, selamat malam..
ana nak tanya sikit tentang mimpi ni. Bukan ana punya mimpi tapi kawan ana. Dia suruh ana tanya apa maksud mimpi tu.
kawan ana bermimpi dia hampir di gigit ular. Tapi, dia sempat hempas ular tu dengan kayu untuk selamatkan diri..
Tapi, yang menghairankan kakaknya (anak sulong) juga dapat mimpi yang sama.. yang dapat mimpi tu dulu kakaknya and kemuadian dia..
kawan ana dia sudah berpunya. umurnya masih 17 tahun dan kakaknya pula single
TAFSIR MIMPI ULAR

Tadbir  mimpi ular adalah seperi berikut

wsm,
jika dia single dan available, maksudnya jodohnya hampir2 terjadi, tetapi kemungkinan beliau belum sedia atau si jejaka itu tidak sesuai, maka itulah maksudnya.

Berikut pula soalan mimpi dari muslimah lain berkenaan tafsir mimpi ular


ustaz...kawan sy perempuan berumur 23 tahun...janda.....bermimpi ular nak memasuki rumah...ular itu berwarna putih...apakah maksud mimpi itu??

tudung pengantin labuh muslimah
Tudung dan Veil Nikah Yang Cantik Menawan. JOM KLIK SINI
Tafsir mimpi bertemu ular putih adalah


 Hmm, usia 23 tahun dah janda!
ular putih nak masuk rumah dia maksudnya ada lelaki berusia akan masuk meminang. slalunya above 40's
Kemudian soalan mengenai ular putih

asalamualaikum,
Ustaz, saya telah bermimpi Ular putih yg sangat sangat panjang(lebih kurang panjang anaconda, tapi ular dalm mimpi ni panjang sehingga tak nampak ekornya) sedang berlegar di tanah yakni di bawah rumah yg saya sedang berdiri, rumah tersebut rumah kayu satu tingkat, dengan tiang yg tinggi di bawah..

Ular putih tu di kacau oleh adik lelaki sya,(adik lelaki saya berumur 7 tahun), dan seolah2 mereka tak takut ular putih tu.. Ular putih tu pun dengan cantiknya bergerak dengan lembut seolah-olah menari depan saya..

Bila saya mula bersuara untuk menyuruh adik2 sya masuk rumah, ular tu pun masuk tanah..

tudung labuh nur helwa
Fesyen Tudung Muslimah Terkini. JOM KLIK SINI
Nampak seperti tanah tu terkorek dengan sendiri, ular tu pun berhenti bergerak dan perlahan2 menuruni masuk ke dalam tanah..

Apakah maksud mimpi tu Ya?

Tafsir mimpi ular putih bermaksud

ular putih ni maksudnya musuh yg lemah.
maka tak usah risau, adik u pun tara takut...he3
Ada pula muslimah yang bermimpi tentang ular hitam

Assalamualaikum ...
Saya nak tanya sikit tentang mimpi ini.malam semalam saya bermimpi ade mayat lelaki hitam terbaring.kemudian tiba2 ade

Ular besar warna hitam datang kat mayat tadi dan patuk muka mayat tu berulang kali.sebelum itu saya ada bermimpi ular hitam masuk ke rumah dan merayap2 saje...saya perempuan dan masih bujang...


Tafsir mimpi ular hitam
Banyak pakwe yg tak berjenis nak cuba pikat anda... mayat lelaki hitam dan ada ular yg memagut mukanya, ada ular hitam merayau dalam rumah petanda lelaki yg tak ada kualiti yg tidak serius dan ikhlas terhadpap anda..

Makna Mimpi Ular dan Musuh


Baik,  mimpi diatas contoh baik mengenai mimpi jodoh, bagaimana pula dengan mimpi ular yang mengenai musuh. Berikut adalah soalan daripada seorang hamba Allah

 Assalaamu'alaikum ustaz...
Apa maksud mimpi dalam kolam dipenuhi ular pelbagai saiz?
Makna mimpi kolam dipenuhi ular adalah seperti berikut
 kolam melambangkan manusia atau family. Jika ia dipenuhi ular, maksudnya ia seorang yg munafiq dan memusuhi anda sebenarnya
Kemudian soalan mimpi membunuh ular hitam
Oo .. Tp sy juga pernah mimpi ular hitam besar sangat2... Ular itu hanya mengekori sy.. Tetapi bapa saudara sy bunuh ular hitam itu..apa maksudnya??
Tudung telekung lycra aisyah humaira
Tudung Telekung Aisyah Humairah Dari Inspirasihana

Tafsir mimpi membunuh ular hitam
 Ular hitam adalah musuh yg amat ketara dan kuat. Jika berjaya dibunuh, anda terselamatlah...
Soalan mimpi bertemu ular tedung selar

Assalam
saya nak bertanya saya bermimpi ular tedung selar ingin mematuk saya..

1 situasi tetapi 2 tempat berbeza.. tempat pertama di ruang tamu rumah. anak ular tedung ingin mematuk saya, tetapi saya berjaya mengelak.. ular tedung selar tersebut walaupun kecik, tapi tersangat 'bekeng'...

Situasi kedua d dalam gua. saya berjalan masuk ke dalam gua dan tiba2 ular tedung dihadapan... saya bujang..

Tafsir mimpi bertemu ular tedung selar

keduanya maksud musuh.
1. ular di ruang tamu, ia dari kalangan orang yg anda dah biasa
2. ular dalam gua, u saja cari penyakit, musuh yg u cari sendiri...


 Sekian tafsir mimpi mengenai ular. Sekiranya anda rakan dan keluarga mempunyai mimpi yang ingin ditafsir jangan segan segan untuk bertanya. Insyaallah akan diusahakan ya :)
Mazni Azmi